nuffnang ads

Thursday, November 18, 2010

CERITA MAT ROMEO

APA barang nak malu? Mat Romeo memang celaka. Aku ingat dia main-main, rupanya betul. S guru sekolah kebangsaan yang dah ada dua anak tu yang telah entah berapa kali Mat Romeo cakap geram sangat-sangat, akhirnya cair jugak!

Mat Romeo ni bukan handsome pun, macam aku jugak. Cuma celakanya dia, sebab dia banyak duit! Balik kepada cerita guru bernama S yang entah berapa bulan disebut-sebut namanya oleh Mat Romeo tadi, aku tabik siul! Tabik pada Mat Romeo. Tabik bukan apa yang dia dapat, tapi tabik pada kegigihan celakanya itu!

Mana tidak. S tu bini orang. Kerja pulak cikgu. Muda lagi waghih. Mukanya pun boleh tahan, kalah sikit dengan Qasha yang dikatakan bercium mulut dengan Nabil tu! Lenggok dia macam itik nila. Itu yang Mat Romeo geram. Berbulan-bulan air liur Mat Romeo meleleh walaupun dia tahu S tu bini orang. Lagipun, aku fikir, mustahillah S akan sanggup dan tergoda dengan Mat Romeo yang celaka ni.

Tapi bila Mat Romeo tunjuk sesuatu, aku tarik nafas panjang. Celaka betul Mat Romeo ni! Nak kata gambar tampal, mustahil. Siap peluk dari belakang cikgu S tu. Pulak tu cikgu S boleh senyum dalam gambar, macam rela, macam suka! Siapa pulak yang ambil gambar? Mat Romeo kata, budak hotel! Dia bagi RM200 upah ambil gambar!

Kemudian Mat Romeo tunjuk satu lagi. Resit hotel empat bintang kat Petaling Jaya. Siul! Celaka betul Mat Romeo ni.

"Kan aku dah cakap lama dah! Selagi aku tak dapat, aku tak puas hati!" bangga benar Mat Romeo. Aku tengok Mat Romeo makin lama makin kecil.

"Kalau laki dia tahu mampus!" aku seranah. Mat Romeo gelak.

"Kita orang pandai makan pandai simpanlah!"

 Akhirnya aku terus-terang sahaja. "Engkau pakai bomoh mana?

 Mat Romeo gelak kuat-kuat. "Bomoh yang ada gambar RM!!!"

Aku terdiam. Kemudian Mat Romeo sambung. "Aku tahu dengan duit, perempuan kalah. S memang banyak masalah. Kad kredit tak bayar...kereta tertunggak! Aku tolonglah."

"Macam mana engkau tahu masalah dia? Engkau bukan kenal baik dengan dia sebelum ni?" aku tanya.

 Mat Romeo jawab: "Aku follow dia satu hari kat Shah Alam. Kereta dia kena tarik beb!"

 "Habis?"

"Habis...apalagi. Akulah heronya. Aku settle terus beb. RM2,200 kat situ. Tambah lagi RM500 upah budak tarik kereta tu!"

 Aku tak puas hati masih bertanya: "Lepas tu macam mana boleh melarat sampai masuk hotel?"

 Apa Mat Romeo kata? Macam ni: "Engkau tak payah tahu beb. Yang penting aku dah dapat cikgu kesayangan aku. Wow..part time lover beb!"

Aku tinggalkan Mat Romeo macam itu sahaja. Aku tahu sebenarnya apa yang Mat Romeo suka. Aku tahu dah banyak bini orang jadi part time lover dia. Tapi lantaklah. Cuma aku belajar satu benda dari cerita Mat Romeo ini. Biar muka tak cantik, janji duit banyak. Nak buat apa pun boleh! Cuma satu yang tak boleh. Nak beli Tuhan! Nanti tunggulah. Sampai hari kau tahulah Mat Romeo! Tuhan balas engkau cukup-cukup, baru engkau tahu.

Satu lagi yang aku mulai tahu, rupanya banyak perempuan tak tahan dengan godaan duit. Ah..lantaklah! Aku tak nak ingat lagi cerita Mat Romeo celaka ini!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10