nuffnang ads

Thursday, November 18, 2010

GADIS CEDERA TERJUN MOTOSIKAL KETIKA BERTEKAK DENGAN KEKASIH

SEORANG gadis berusia 15 tahun yang semakin menyampah dan meluat dengan teman lelakinya bertindak nekad terjun daripada motosikal yang sedang bergerak, dalam satu kejadian di Taman Hussein Matang, Sarawak kira-kira jam 10 malam tadi.

Ketika kejadian dia membonceng motosikal yang ditunggang oleh teman lelakinya. Bagaimanapun, dipercayai mereka bertekak kerana gadis itu enggan bersama dengan teman lelakinya lagi.

Gadis 15 tahun cedera terjun motosikal apabila bergaduh dengan teman lelaki (SUD)
Namun keadaan menyedihkan apabila teman lelaki mangsa langsung tidak peduli teman wanita yang cedera di atas jalan raya, sebaliknya memecut motosikal itu seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Mangsa bagaimanapun bernasib baik apabila kejadian itu disedari beberapa pengguna jalan raya yang lain lalu membantunya.

Dia yang cedera di beberapa bahagian termasuk kaki dan badan, dikejarkan ke Hospital Besar Sarawak untuk mendapatkan rawatan.

p/s: Adik-adik/anak-anak, tolonglah cerdik sikit memilih teman. Tak semua yang berkemeja kemas itu lelaki. Kadang-kadang itu hanyalah tiang elektrik atau lembu yang dipakaikan baju!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10