SINGAPURA mengumumkan tiga saudara pemimpin Jemaah Islamiyah negara itu, Mas Selamat Kastari, telah dihukum penjara kerana didapati bersalah kerana bersubahat melindungi tahanan itu ketika dia berjaya lolos dari Pusat Tahanan Whitley Road, pada 27 Februari 2008.
Abang Mas Selamat, Asmom Kastari, 58, dipenjara 12 bulan, anak perempuannya Nur Aini, 25, seorang guru Bahasa Melayu dipenjara 18 bulan dan isteri Asmom, Aisah, 58, dipenjara 3 bulan. Seorang lagi sepupunya hanya diberi amaran keras.
Menteri Dalam Negeri Singapura, K Shamugam mengumumkan perkara itu di parlimen hari ini.