nuffnang ads

Saturday, November 6, 2010

KES PELAJAR DIROTAN 10 KALI BAWA MAKANAN TIDAK HALAL: BAPA PELAJAR ITU BERNAMA NOR AZMAN ABDULLAH @ BAGINDA ANAK MINDA!???

DAKWAAN seorang ibu, Angela Jabing bahawa anaknya Basil Beginda, 10 tahun dirotan 10 kali di tapak tangan di Sekolah Rendah St Thomas, Sarawak, baru-baru ini kerana membawa makanan tidak halal tentu mengelirukan pelbagai pihak.

Ini kerana ada pihak mendapati bapa kanak-kanak itu bernama Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda! Kalau begitu, tentulah ayahnya seorang Islam.

Dakwaan membawa makanan tidak halal oleh ibunya, tentulah amat mengelirukan semua pihak. Anaknya itu beragama apa?

Anaknya itu dirotan 10 kali di tapak tangan oleh penolong pendaftar sekolah berkenaan Iskandar Fateli kerana mendakwa membawa makanan tidak halal.

Timbul persoalan sekarang, siapa yang keliru dan mengelirukan? Kini MCA dikatakan mendesak jabatan pelajar Sarawak bertindak ke atas Iskandar. Jika kes itu jalan sehala iaitu melibatkan anak bukan Islam, mungkin isunya jelas. Namun kini, ada pihak memperolehi maklumat bapanya seorang Islam.

Malah pada daftar keputusan pilihanraya 1999 turut tercatat nama bapanya itu. Nama bapanya, Nor Azman Abdullah @ Baginda anak Minda, calon PKR dan mendapat undi sebanyak 843 bagi kerusi Parlimen Kapit yang dimenangi oleh Alexander Nanta Linggi (BN),12,157 undi. Selain itu ada calon bebas, Ricahrd Nujong yag mendapat undi 1,141.

Selesaikan hal status agama mereka dulu, baru cerita soal dirotan kerana bawa daging tidak halal.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10