nuffnang ads

Monday, November 8, 2010

KERETA LANGGAR GAJAH SELEPAS PILIHANRAYA DI GUA MUSANG: DUA CEDERA

DUA cedera dalam satu kemalangan membabitkan sebuah kereta dengan seekor gajah di Kampung Sungai Lakit, Gua Musang, awal pagi tadi.

Kamalsyazwan Kamarulzaman, 19, dan penumpang depan kereta berkenaan, Mohd Fikri,Mohd Nasir, 20, mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan Kampung Chiku. Bagaimanapun, isteri Kamalsyazwan, Nur Afiqah Abdul Hamid, 19, yang duduk di belakang tidak cedera.

Menurut Kamalsyazwan, kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi ketika mereka dalam perjalanan dari Kota Bharu ke rumah di RKT Kesedar Paloh Satu, apabila dia terkejut terlanggar satu bayang hitam di tengah jalan. Rupanya si gajah sedang melintas!

Mohd Fikri pula berkata, ketika kejadian dia sedang tidur dan terbangun apabila terdengar bunyi kuat. Kereta berkenaan rosak teruk manakala gajah pula tidak diketahui nasibnya!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10