nuffnang ads

Wednesday, November 10, 2010

KERANA JANJI PEMIMPIN POLITIK, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN TERHUTANG RM400,000 DENGAN PERTUBUHAN SUKAN

ORANG kata menabur janji mudah, tetapi menunaikan janji itu yang susah. Kini angkara janji pemimpin tertentu, Kementerian Belia dan Sukan, hampir hilang maruahnya apabila terhutang tanpa sedar RM400,000 kepada beberapa pertubuhan sukan di negara ini.

Sikap pemimpin tertentu yang suka berjanji tanpa mendapatkan kelulusan kerajaan terlebih dulu ini, dibangkitkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Gan Ping Sieu.

Katanya, selepas semakan dilakukan, permohonan yang kononnya diluluskan pemimpin yang suka berjanji itu, terbukti tidak wujud di dalam sistem yang diguna pakai oleh kementerian.

Maknanya, pemimpin terbabit hanya berjanji kosong kepada pertubuhan sukan yang sudah tentu dianggotai generasi muda. Ini semua kita percaya dilakukan kerana ada agenda politik, seperti mahu mendapatkan sokongan atau kepercayaan daripada golongan muda.

Menurut Gan, mengikut prosedur, bagi setiap peruntukan yang kurang daripada RM30,000 bagi menaja sesuatu kegiatan, Ketua Pengarah diberi kuasa untuk meluluskannya tetapi jika jumlahnya melebihi, keputusan hanya boleh dibuat oleh Ketua Setiausaha Kementerian. Maknanya, pemimpin politik tidak ada kuasa untuk berjanji, apatah lagi meluluskan peruntukan.

Berikutan berada dalam dilema dan berusaha untuk menjaga air muka kementerian, Gan berkata pihaknya 'terpaksa' membayar semua hutang daripada janji-janji manis pemimpin terbabit menerusi Bahagian Pembangunan Belia.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan pemimpin, terutama pemimpin politik yang suka menabur janji kosong supaya berhenti melakukan perbuatan itu kerana ia akan menjejas imej dan kredebiliti Kementerian Belia dan Sukan. Selain suatu masa nanti akan terkena tempiasnya kepada pemimpin itu sendiri apabila perbuatannya yang suka menabur janji kosong terbongkar juga.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10