nuffnang ads

Wednesday, November 10, 2010

ASKAR CURI SELUAR DALAM ISTERI JIRAN

SEPASANG suami isteri tinggal berjiran dengan seorang anggota tentera. Suami wanita itu pula bertugas sebagai seorang anggota polis. Hubungan kejiranan di antara mereka baik asalnya, tetapi bertukar menjadi sebaliknya apabila lelaki yang bertugas sebagai anggota tentera itu tiba-tiba membuat onar.

Kejadian berlaku kelmarin di Kampung Batu Kawah, Kuching kira-kira jam 11 malam apabila isteri anggota polis berkenaan mandi. Oleh kerana berjiran dan tinggal berdekatan, anggota tentera itu pun menyedari isteri polis berkenaan mandi.

Dia kemudian masuk ke rumah anggota polis itu dan tanpa disangka telah mengambil seluar dalam yang disidai oleh isteri polis yang sedang mandi itu.

Bagaimanapun, perbuatan anggota tentera itu disedari suami wanita berkenaan lalu dia berdepan dengan anggota tentera berkenaan, memarahi sikap buruk mengambil seluar dalam isterinya yang sedang mandi.

Namun anggota tentera itu bukan sahaja tidak mahu mengaku bersalah, sebalik mengugut untuk kebali ke rumahnya mengambil parang mahu mencederakan anggota polis terbabit. Bimbang keselamatannya terancam, anggota polis itu membuat laporan polis.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan seorang gadis 18 tahun membuat laporan polis mendakwa dirogol tiga kali oleh seorang lelaki, selepas lelaki berkenaan membawanya keluar bersama seorang lagi rakan perempuannya.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10