nuffnang ads

Wednesday, November 10, 2010

CERITA TENTANG LIDAH: SELAIN UNTUK MERASA, LIDAH UNTUK APA?

SELAIN derianya berfungsi untuk merasa, lidah digunakan untuk apa? Ada pelbagai bentuk lidah dimiliki manusia sebenarnya. Antaranya bentuk cinta, berbentuk panjang dan melengkung serta berbentuk dempak dan kembang.

Kata orang, lidah apabila telah berada di luar bibir, akan kehilangan fungsinya sebagai perasa. Lidah juga antara habitat pada manusia yang sering dikunjungi kulat atau fungus. Kata pepatah pula, lembut gigi dari lidah.

Kadang-kadang lidah digunakan untuk menyakitkan hati orang. Digunakan untuk mengejek. Namun sejauh mana kita menjaga lidah kita agar ia berfungsi untuk menjadi alat yang digunakan dengan cara yang betul? Lidah juga banyak warnanya. Ada berwarna merah, ada berwarna hitam dan ada berwarna merah jambu. Namun walau apapun bentuk dan warna lidah yang kita ada, jangan sekali-kali kita biarkan lidah kita jadi bercabang!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10