nuffnang ads

Wednesday, November 24, 2010

KERAJAAN AKAN IMPORT 1,000,000,00 KELAPA!!!

MASALAH kelapa muncul lagi di negara ini. Sejak minggu ini kerajaan mengakui bekalan kelapa di seluruh negara amat berkurangan.

Seperti biasa, masalah ini akan selesai apabila kerajaan mengatasinya dengan cara mengimport dari negara luar. Masalah kekurangan kelapa bukan sekarang berlaku. Ia berlaku sejak Menteri Pertanian dan Asas Tani, Noh Omar masih bersekolah lagi. Ia masalah yang tak pernah selesai, terutama menjelang hari perayaan.

Hari ini kerajaan mengumumkan untuk mengimport 1 juta biji kelapa dari negara luar untuk keperluan rakyat di negara ini.

Cara mudah ialah mengimport, begitu juga beras, gula dan segala macam barangan makanan pertanian di negara ini. Ini mungkin kerana tanah di Malaysia tidak subur. Malaysia tanahnya bergurun pasir!

Selepas 53 tahun merdeka, kenapa masalah tidak cukup barangan makanan ini tidak tidak boleh diselesaikan. Apa fungsi Kementeriann Pertanian?

Kalau tidak mahu mencongak secara matematik, mari kita hitung secara ilmu hisab! 1 juta kelapa kalau sebiji berharga RM1, ia sudah mencecah RM1 juta. Banyak sebenarnya duit RM1 juta ini! Kalau kerajaan yang cerdik, dia akan cari 5 orang anak Melayu dan ditolong carikan kawasan untuk tanam kelapa ini untuk dapatkan 1 juta biji kelapa. Maknanya selepas 2-3 tahun, setiap seorang akan dapat hasilnya paling kurang RM200,000 seorang!

Itu baru kita bercerita untuk tampung bekalan yang tidak cukup, sedangkan keperluan kelapa di negara ini dikatakan mencecahkan 50 juta biji setahun - bermakna RM50 juta ada duit di dalam lompong keperluan itu! Kenapa tidak kita usahakan anak Melayu buat ladang kelapa? Kenapa? Sebabnya kita asyik berpolitik!

Kalau macam ini, usahkan 53 tahun, 530 tahun selepas merdeka pun kita tak ke mana-mana. Apa tidaknya, mahu selesaikan masalah tak cukup bekalan kelapa pun tak reti, apa lagi nak rancang benda lain yang sulit dan remeh!

Persoalan kita ialah, kerajaan parti mana yang tadbir Malaysia selama 53 tahun selepas merdeka? Jawab sendiri!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10