nuffnang ads

Wednesday, November 24, 2010

ROBOT JUMPA TOPI PELOMBONG DENGAN LAMPU MASIH TERPASANG

KETIKA pihak berkuasa berputus asa dengan nasib 29 pelombong yang terperangkap di dalam lombong Arang Batu Pike River di New Zealand, kejayaan sebuah robot tentera yang dihantar masuk ke lombong itu merakamkan gambar topi masih berlampu, menghidupkan semula harapan waris kesemua mangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif Pike River, Peter Whittall, berkata topi itu adalah milik salah seorang pelombong bernama Russel Smith.

Ketika menunjukkan gambar topi dengan lampu masih terpasang yang dirakamkan oleh robot sejauh 1 kilometer di dalam lombong itu kepada waris mangsa, Whittall berkata penemuan itu memberi harapan bahawa masih ada pelombong yang hidup kerana lampu topinya masih dinyalakan ketika letupan berlaku.

Bagaimanapun, tidak semua waris yakin dengan harapan itu terutama dengan kegagalan robot merakam gambar pelombong yang yang masih terperangkap.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10