nuffnang ads

Wednesday, November 24, 2010

TARIKH TELAH DIPILIH: PUTERA WILLIAM DAN KATE MIDLLETON KAHWIN 29 APRIL 2011

Enjoy dulu...sebelum berkahwin Putera William dan tunangnya berseronok sakan, tapi tidak sampai bergambar bercium lidah macam artis di Malaysia!
TARIKH telah dipilih. Lokasi perkahwinan mereka juga telah ditetapkan. Setiausaha Peribadi Putera William mengesahkan bahawa perkahwinan Putera William dan tunangnya, Katherine Middleton akan dilangsungkan pada 29 April 2011 di gereja Westminder Abbey, di London.

Setiausaha Peribadinya, Jamie Lowther Pinkerton, juga memaklumkan Putera William memilih Westminder Abbey kerana gereja itu adalah antara gereja tertua dan bersejarah di mana di situ jugalah ibunya, Puteri Diana disemadikan.

"Gereja itu berusia 1,000 tahun dan lagipun ruang tempat duduknya boleh menempatkan 2,200 tetamu," kata Jamie.

Jamie turut mengesahkan kerajaan Britain telah mewartakan hari perkahwinan waris Diraja Britain itu sebagai cuti umum.

Mengenai kos menampung majlis perkahwinan yang dijangka dibuat secara besar-besaran, Jamie berkata ia akan ditanggung oleh kedua-dua mempelai berkenaan kerana kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak menggunakan wang rakyat, terutama ketika ekonomi masih tidak menentu di Britain.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10