nuffnang ads

Wednesday, November 17, 2010

JONATHAN LEE KAGUM MENDENGAR SUARA YUNA: WOW!!!!

Jonathan Lee tanpa malu memberitahu yang suara Yuna amat unik! (Thanks to Mr Chan Tak Kong for your pix)

POPULARITI Yuna begitu mendadak naiknya. Sejak kebelakangan ini Yuna bukan sahaja digilai peminat tempatan, tetapi turut menjadi kegilaan di kalangan orang seni di luar negara.

Salah seorang daripadanya ialah produser dan pemain/pembuat gitar terkenal di dunia dan Asia, Jonathan Lee. Tanpa malu, Lee meluahkan perasaan kagumnya ke atas Yuna, terutama tentang suara anak dara itu.

Tentang suara Yuna, Lee berkata: "Unik!!"

Tentunya penghargaan daripada seorang insan seni yang telah mempunyai nama ini membuatkan Yuna kehilangan kata-kata. Tentang perasaannya menerima sebuah gitar khas buatan tangan dari Lee, Yuna hanya mampu berkata: "Wow"

Demikianlah antara sisi baik artis kita yang boleh dinilai dengan neraca emas. Soalan pada sisi yang lain ialah, mampukah artis muda kita yang selebihnya menjadi aset atau entiti yang digilai oleh orang seni terkenal luar negara dan melupai soal hisap dadah, peluk anjing, sambut halloween, khalwat, menghirup sup lidah dan bercerai-berai!

Tahniah Yuna. Kepada Najwa anak Timbalan Perdana Menteri, pula lihatlah apa yang dikecapi Yuna ini sebagai tanpa ada ruang untuk kita menjadi diri sendiri dalam dunia seni yang tentu abstrak perpekstifnya pada kaca mata semua orang. Yo...Yo...Yo...tapi jangan sampai jadi macam Namewee! Ingat Yuna! Ingat Najwa!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10