nuffnang ads

Thursday, November 18, 2010

500 BANNER UCAPAN DEEPAVALI DARIPADA MB N. SEMBILAN MASIH TERGANTUNG. BANNER MB UCAP SELAMAT AIDLADHA SEKEPING PUN TAK ADA!

KATA orang seolah-olah mahu mencari salah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan. Kata yang lain pula apa lagi yang tak puas hati terhadap menteri besar itu.

Soalnya bukan mahu mencari salah, tapi salahkah hati kalau muskyil melihat sesuatu yang tidak kena. Pertama, tindakan menggantung banner lebih 500 keping mengandungi gambar Menteri Besar di bandar Port Dickson menyampaikan ucapan Deepavalinya kepada kaum India, adalah satu sifat terpuji. Itu tanda sebagai menteri besar Melayu, beliau tidak melupakan rakyat dari kaum yang lain.

Deepavali dah 12 hari, lebih 500 banner masih tergantung. Untuk Aidiladha sekeping habuk pun tak ada.
Yang muskyilnya kini, sehingga ke hari ini banner itu masih tergantung, sedangkan Deepavali telah lebih 12 hari berlalu. Pada masa yang sama, tak ada sekeping banner pun yang tergantung mengucapkan salam atau selamat menyambut Aidiladha di lokasi serupa - sepanjang jalan dari Lukut, bandar Port Dickson membawalah ke Teluk Kemang. Ini cerita hari ini sehingga jam 12 malam tadi!

Kalau tak ditegur tak boleh, tapi kalau ditegur dikatanya kita mencari salah. Soalan sinis saya ialah, undi orang Melayu di Port Dickson khasnya, tidak bernilai lagikah?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10