nuffnang ads

Wednesday, November 17, 2010

AWAS: HUTAN LIPUR MAUT DI PASIR PANJANG, PORT DICKSON

Usahkan manusia, kalau gajah jatuh pun boleh mati
Sampah bertaburan
Pintu masuk ke Hutan Lipur 'Maut' Pasir Panjang
Tangga pejalan kaki hanya satu meter lagi menunggu runtuh
tapak atihan Abseiling dibina di tebing yang hampir runtuh.
Mungkin amat sesuai jika digelar sebagai Negeri Sembilan Darul Bazir. Ini kerana selepas jutaan ringgit ditaburkan untuk mencantikkan Hutan Lipur di Pasir Panjang, Port Dickson, ia bagaikan sebuah perangkap maut yang hanya menunggu korban.

Malah selepas beberapa kontraktor yang dilantik menjadi kaya-raya apalah yang boleh dibanggakan oleh kerajaan negeri kerana hutan lipur itu amat ngeri dan menyeramkan buat pelancong dari luar.

Ini kerana, perkara utama dan asas iaitu membabitkan keselamatan pengunjung langsung tidak diberi perhatian. Kerja-kerja yang ditawarkan hanya memberi fokus ke arah mencantikkan prasarana. Bak orang hodoh ditampalkan bedak. Sedangkan tanah runtuh yang memanjang lebih 150 meter yang boleh menyebabkan pelancong terjatuh jika tidak berhati-hati, tidak diberi perhatian.

Amat malang, sebuah tapak latihan abseiling yang digunakan oleh peserta PLKN turut gah dibina di tebing hutan lipur yang kelihatan hanya menunggu masa sahaja untuk roboh.

Di manakah pertimbangan bijak pandai kerajaan negeri dalam merancang sesuatu projek membabitkan wang rakyat berjuta ringgit? Jika berlaku tanah runtuh, bukan sahaja nyawa akan terancam, tetapi hampir semua tangga, pagar dan tapak abseiling akan runtuh, bersama hanyutnya jutaan ringgit wang rakyat ke dalam laut berdekatan.

Fenomena tanah runtuh di hutan lipur itu telah lama berlaku, lebih 20 tahun lalu. Namun amat mengejutkan kerajaan negeri langsung tidak memberi perhatian untuk memperbaiki masalah itu, tetapi lebih senang dan mudah mengeluarkan wang sebegitu banyak untuk kerja-kerja kosmetik!

 Hutan Lipur Maut ini akan menjadi tajuk muka depan akhbar seluruh negara, satu ketika nanti. Cuma kita tunggulah, kalau tidak percaya. Tunggulah apabila ada pelancong maut dijerat tanah runtuh di situ. Ketika itu jangan pula masih bermain tuding-tuding jari! Wake-up bro!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10