nuffnang ads

Sunday, November 7, 2010

JANDA PASHA UNGU: SEMOGA PASHA TIDAK BERNIKAH LAGI SELEPAS INI

OKIE Agustina Sofyan, janda Pasha "Ungu" berharap sangat bekas suaminya itu tidak akan bernikah lagi selepas dia dikhabarkan akan melamar kekasih barunya, Adelia Wilhelmina dalam tempoh terdekat.

Kata Okie, dia berharap sangat selepas menikahi Adeia, Pasha atau nama sebenarnya, Sigit Purnomo Syamsudin Said, tidak bercerai dan berkahwin lain.

"Saya tidak mahu campur tapi itu harapan saya," kata Okie dipetik di dalam media Indonesia apabila ditanyakan tentang khabar bekas suaminya itu akan melamar Adelia.

Menurut Okie, dia lebih senang menguruskan tiga anak hasil perkongsian hidupnya dengan Pasha sebelum ini, daripada mengambil tahu apa atau bagaimana bekas suaminya itu mahu mengatur hidupnya selepas ini.

Okie mungkin benar. Kita tunggu sahaja apa nasibnya Adelia selepas berkahwin dengan Pasha yang menjadi kegilaan peminatnya di beberapa negara termasuk juga di Malaysia!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10