nuffnang ads

Sunday, November 7, 2010

BOT HILANG SEJAK MALAM TADI DI PULAU TENGGOL, TERENGGANU: NASIB 15 PELANCONG TIDAK DIKETAHUI

15 pelancong dikhuatiri hilang apabila sebuah bot yang membawa pelancong terputus hubungan selepas 20 minit berlepas dari jeti pulau Tenggol, Dungun Terengganu malam tadi.

Nasib 15 pelancong dalam sebuah bot yang hilang di Pulau Tenggol tidak diketahui selepas terputus hubungan malam tadi.
Bot itu membawa tujuh lelaki, tujuh wanita dan seorang kanak-kanak dikatakan dalam perjalanan membawa pelancong untuk aktiviti skuba.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor, berkata sehingga malam tadi tidak diketahui nasib kesemua penumpang bot itu kerana mereka gagal dihubungi. Beliau mengesahkan bot itu turut membawa seorang kanak-kanak.

"Bot berkenaan terputus hubungan selepas 20 minit berlepas dari jeti Pulau Tenggol," katanya.

Keadaan laut kini dikatakan bergelora ekoran cuaca yang tidak menentu selain hujan lebat dan beberapa pasukan mencari dikatakan sedang menjalankan gerakan untuk mengetahui nasib kesemua penumpang di dalam bot itu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10