nuffnang ads

Sunday, November 7, 2010

INSAFLAH FASAH SANDHA. INSAFLAH JOE FLIZZOW

APAKAH Fasha Sandha dan Joe Flizzow mahu meletakkan artis itu sebagai hidupan dua alam atau amfibia yang boleh hidup di air dan darat?

Apakah Fasha Sandha dan Joe Flizzow mahu masyarakat dan peminat seni yang masih ada pegangan agama  'percaya' bahawa dosa dan pahala, kubur dan dunia bagai minyak dan air? Yang boleh terpisah kerana dua keadaan yang berbeza? Atau Fasha Sanda mahu peminat seni tanah air terbiasa oleh falsafah mulut bahawa kubur masing-masing, apa perlu ditanyakan hal orang lain?

Dunia artis kita telah sekian lama busuk dan bernanah dan kini pekung dari segala bau yang busuk melantung itu mahukah Fasha dan Joe tunjukkan dengan amat bangga kepada mata khalayak?

Sedar-sedarlah Fasha dan Joe. Sedar-sedarlah, dunia artis itu hanya debu di hujung jari. Esok lusa entah ada atau pun tidak lagi untuk dibangga-bangga. Barah hedonisme yang telah merebak ke dalam segenap urat darah manusia seni Melayu harus dirawat.

Amat keterlaluan sikap kamu! Kamu bukan sahaja telah menghina orang Melayu Islam, tetapi secara keseluruhannya telah menghina agama Islam! Kamu telah merendahkan darjat mulia dan martabat tinggi peminat ke tempat paling rendah, di bawah tapak sepatu yang amat hina.

Apa lagi yang boleh kami harapkan dari kamu wahai anak seni? Bercium di depan khalayak, bergambar berpelukan dengan anjing, meraikan halloween, bangsat merempat di tepi jalan menjadi penagih dadah, bercerai-berai di dalam rumah tangga, bertindik di situ di sini, bertatu di sana di mana, berpakaian menjolok mata dan pelbagai aneka kelaku dan tabiat yang menjolok. Apa lagi yang boleh kami harapkan.

Inikah harga sebuah kehidupan glamour yang entah tidak seberapa itu?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10