nuffnang ads

Tuesday, November 2, 2010

GUDANG SIMPANAN BARANGAN PERIBADI TENTERA AMERIKA TERBAKAR: 100 TENTERA DAN KELUARGA KEHILANGAN BARANGAN BERHARGA

Gudang simpanan barangan 100 tentera dan keluarga mereka di Stuttgart di Jerman terbakar sejak tiga hari lalu.

LEBIH 100 anggota tentera Amerika Syarikat dan keluarga mereka yang bertugas di Kem Gerisen Stuttgart, Jerman meratap kesedihan apabila gudang simpanan barangan peribadi mereka terbakar dalam satu kebakaran yang dianggap pihak berkuasa Jerman, sebagai amat besar.

Kebakaran itu tidak mampu disembunyikan pihak keselamatan kerana ia berlarutan selama tiga hari dan hanya mampu dipadamkan hari ini. Malah seramai 350 anggota bomba, 55 penyelamat dan 20 pegawai polis diperlukan untuk memadam dan mengawal kebakaran itu.

Komander Amerika Syarikat di Kem Gerisen Stuttgart, Kolonel Carl D Bird dalam kenyataannya kepada akhbar The Local, berkata pihaknya akan sedaya upaya mengganti dan memberi pampasan kepada semua anggota dan keluarga mereka yang kehilangan baranag peribadi dalam kebakaran itu.

Bagaimanapun, katanya beliau faham dan simpati kerana tidak semua barangan dapat diganti kerana sesetengah barangan itu mempunyai nilai sentimental dan tidak boleh ditukar ganti.

Gudang itu memang dikhaskan kepada lebih 100 anggota tentera dan keluarga mereka yang berkhidmat di Stuttgart, Jerman untuk dijadikan tempat simpanan transit bagi memudakan urusan jika apabila berlaku perpindahan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10