nuffnang ads

Tuesday, November 2, 2010

SEORANG LAGI KORBAN MUSIM BANJIR: BUDAK LELAKI 13 TAHUN LEMAS KETIKA MEMANCING

SEORANG kanak-kanak lelaki 13 tahun menjadi korban terbaru musim banjir. Mayat mangsa dikenali sebagai Mohd Zaki, ditemui sejam selepas dia dilapor dihanyutkan arus deras ketika memancing di Kampung Charok Bongor, berdekatan Kuala Nerang.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superintendan Ku Yaacob ku Hamad, berkata mayat budak lelaki itu ditemui oleh penduduk kampung yang melakukan gerakan mencari selepas sejam dia dilaporkan dibawa arus deras.

Semalam, Wan Norhafizam Wan Nafi, 12, pelajar darjah enam Sekolah Kebangsaan Neting ditemui lemas selepas dikatakan berenang bersama tiga rakannya yang lain di bekas kolam ternakan yang dipenuhi air akibat banjir, di Kampung Simpangan, Tumpat, Kelantan.

Malam tadi pula, seorang wanita warga emas Jerman, Erna Fisher, 64, hilang dibawa arus deras ketika dia bersama anak, Yusuf Abdullah, 41, dan menantunya cuba menyelamatkan diri sewaktu air naik mendadak di kediaman menantunya di Kedah.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10