nuffnang ads

Tuesday, November 2, 2010

WARGA MALAYSIA DITAHAN CEDERA ISTERI DI MEDAN

POLIS Indonesia semalam, menahan seorang lelaki warga Malaysia berusia 50 tahun kerana dituduh mendera isterinya, seorang warga Indonesia berusia 30 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Medan.

Lelaki ahli perniagaan itu dikatakan mencederakan isterinya ketika berada di tempat menunggu VIP, sebelum mengheretnya ke jalan menyebabkan isterinya cedera di belakang badan. Tidak diketahui apa puncanya.

Bagaimanapun, sejurus selepas disiasat, lelaki itu itu dibebaskan kerana polis kekurangan bukti untuk mendakwa lelaki berkenaan.

Ketua Polis Lapangan Terbang Medan, Saut Sihombing mengesahkan penahanan dan pembebasan lelaki berkenaan. Katanya, polis tidak dapat membuktikan ia satu kes mendera atau mencederakan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10