SEKUMPULAN peminat Nabil di Negeri Sembilan dijangka membuat laporan polis esok berhubung penyebaran gambar apa yang didakwa sebagai Nabil dan Qasha sedang bercium mulut.
Ini kerana mereka kesal, Nabil tidak berbuat apa-apa bagi membersihkan namanya dan sekaligus mengesahkan gambar itu adalah gambar tulen!
Peminat yang mahu dikenali sebagai Hoben, bagaimanapun berkata jika Nabil memberi penjelasan menyakinkan dalam tempoh 24 jam, laporan itu tidak akan dibuat. Ini kerana peminat mahu imej Nabil dan artis tanah air tidak tercalar dengan penyebaran gambar seumpama itu.
Peminat terbabit mahu pihak berkuasa mengkaji ketulenan gambar berkenaan bagi mengelak tanggapan buruk orang ramai terhadap golongan artis di negara ini.
Sambil menyifatkan laporan itu tidak mempunyai apa-apa agenda, Hoben juga menjelaskan bahawa gambar itu turut melukakan hati peminat Nabil di negeri kelahirannya.
Peminat di negeri itu hanya mahu menjaga nama baik Nabil dan Nabil pasti tahu salah satu caranya ialah dengan membuat laporan polis supaya penjelasan itu lebih rasmi sifatnya, berbanding pengakuan kononnya gambar itu superimpose!
Ayuh Nabil...buat penjelasan rasmi atau buat laporan polis.