nuffnang ads

Tuesday, November 23, 2010

YUS KUNJUNGI KELUARGA KANAK-KANAK PENGIDAP AIDS: SALAH FAHAM USAI, YUS BUKAN AYAH BUDAK ITU

YUS, atau nama sebenarnya Mohd Mokhtar Mohd Madin, 48, pemain bass kumpulan May, menunjukkan sifat terpuji apabila mengunjungi keluarga seorang budak perempuan yang selama ini menyangka dia (Yus) sebagai ayahnya.

Rombongan Yus turut disertai vokalis kumpulan berkenaan, Mus atau nama sebenarnya, Mustafa Din, 42 dan ahli keluarga Yus yang lain, termasuk isterinya, Lailaitulakma Sabarudin, 43 dan tiga anak mereka selain abang Yus, Zulkifli Mohd Madinn 57.

Yus serah sumbangan kepada keluarga kanak-kanak malang di Teluk Intan
Dalam pertemuan di rumah ibu saudara kanak-kanak itu, Siti, 52, di Teluk Intan, menjernih keadaan dan menjelaskan segala kekeliruan. Siti memohon maaf di atas salah faham itu terutama kerana ia telah mengguris perasaan keluarga Yus.

Yus pula, menerima permohonan maaf itu sebagai menandakan dia juga mempunyai hati yang lembut dan tulus serta memahami keadaan yang berlaku. Pada masa sama Yus turut menyumbang sedikit bantuan ikhlasnya untuk kanak-kanak itu sebagai tanda ingat.

Yang baik seperti yang ditunjukkan Yus ini wajar menjadi teladan kepada artis kita.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10