nuffnang ads

Sunday, November 14, 2010

TUMPANG TANYA YA: MAJLIS FATWA LARANG SAMBUT MAJLIS DI TUGU NEGARA, TAPI HARI INI MALAYSIA SAMBUT HARI PERINGATAN SIAP KALUNGAN BUNGA!

JIKA tidak silap pada 1995 Majlis Fatwa mengeluarkan arahan, melarang kerajaan menganjurkan majlis Hari Pahlawan di depan Tugu Negara menerusi pelbagai upacara seperti meletak kalungan bunga, menyanyikan lagu "The Last Post" dan berdiri tundukkan kepala seminit sambil kemudian baca puisi dan menyanyi, bagi mengenang pahlawan yang gugur.

Brig Jeneral Teoh Siang Chan (RMAF) meletakkan kalungan bunga sempena Hari Peringatan di Tugu Negara.(pix-The Malaysian Insider)
Majlis Fatwa juga memaklumkan larangan itu dibuat kerana semua perlakuan itu adalah sama sekali bertentangan dengan nilai-nilai Islam.

Namun hari ini kerajaan mengadakan pula Hari Peringatan melibatkan beberapa agensi keselamatan negara seperti polis dan tentera dengan menganjurkan pula acara meletak kalungan bunga di kaki Tugu Negara itu. Tumpang tanya ya? Apakah Fatwa itu telah ditarik balik atau kerajaan telah melanggar satu fatwa yang dikeluarkan demi untuk memuliakan agama Islam sebagai agama Rasmi di negara ini?

Antara yang hadir pada majlis kalungan bunga sempena Hari Peringatan itu ialah Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Khalid Abu Bakar dan Brigadier Jeneral Teoh Siong Chan, mewakili Tentera Udara diRaja Malaysia (TUDM).

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10