nuffnang ads

Wednesday, November 24, 2010

DUA WANITA DIPENJARA 10 TAHUN, MEMPERDAGANGKAN 2 REMAJA 15 TAHUN BAGI TUJUAN PERDAGANGAN SEKS

DUA wanita muda, seorang daripadanya penjual kek dan rakannya, masing-masing dipenjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen Melaka selepas didapati bersalah memperdagang dan memperdaya 2 juvana bagi tujuan perdagangan seks.

Roslina Md Snor, 23, dari Kampung Duyung, Melaka Tengah dan Siti Normaslinda Masrol Mohamad, 22, dari Kampung Tehel, Jasin mengaku bersalah di atas semua tuduhan.

Bagi tuduhan pertama, mereka didakwa memperdagang seorang gadis 15 tahun bagi tujuan seks di Everyday Hotel, Jalan Tun Ali pada Mei 2010, sementara tuduhan kedua pula didakwa memperdaya seorang gadis 15 tahun dengan tujuan sama di antara 30 Jun dan 1 Julai.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 14, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10