nuffnang ads

Wednesday, November 24, 2010

BERGAMBAR: LELAKI GANTUNG DIRI DIPERCAYAI KECEWA ISTERI TINGGALKAN KELUARGA

TEKANAN dan kekecewaan kerana ditinggalkan isteri sejak September lalu, dikatakan menjadi punca kemurungan seorang lelaki sehingga menyebabkan dia bertindak di luar waras menggantung dirinya di sebatang pokok di Marudi, Sarawak.

Ditemui mati tergantung di Marudi
Lelaki dikenali sebagai John Eli, 40, itu ditemui orang ramai tergantung di sebatang pokok kira-kira jam 7.30 pagi tadi lalu memaklumkan kepada pihak polis.

Adik mangsa, Musa Gurong, berkata abangnya itu memag dalam keadaan tertekan sejak isteri meninggalkan dia dan lima anaknya September lalu. Dia juga pernah cuba membunuh diri dua kali sebelum ini tetapi berjaya dihalang ahli keluarga.

Empat anak John kini berada di kampungnya di Baram, tinggal bersama kakaknya manakala anak sulungnya masih bersekolah di tingkatan satu.

Perbuatan ini adalah salah di sisi agama dan undang-undang negara. Jadikan iktibar dan jadikan sempadan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10