nuffnang ads

Wednesday, November 24, 2010

UMNO KENA BELAJAR DARIPADA KES AZRI ABDULLAH: MANGSA SIMBAH ASID

PERTAMA namanya Azri Abdullah. Memang sah dia anak Melayu. Dia mangsa simbahan asid dan buta kedua-dua matanya. Dia tidak boleh bergerak kecuali dibantu oleh dua sahabat yang amat bersimpati.

Kalau ada pemimpin Umno menonton TV3 malam ini, terutama pemimpin peringkat atasan, cubalah belajar sesuatu daripada apa yang disiarkan menerusi segmen TV3 itu.

Apakah mata pemimpin telah buta melihat seorang anak Melayu begitu daif ditolong oleh bangsa asing. Kenapa MCA boleh membantu, sedangkan Umno yang memerintah 53 tahun konon untuk memperjuangkan Melayu bersikap demikian memalukan?

Sebagai anak Melayu, saya malu mengaku Umno sebagai parti untuk orang Melayu! Jangan sekadar retorik konon rakyat didahulukan, tetapi dalam kes Azri dia begitu merempat tidak dibantu oleh parti mewakili Melayu, kecuali parti bangsa asing, MCA. Terima kasih MCA. Terima kasih Michael Chong!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10