nuffnang ads

Friday, November 12, 2010

DUA PELAJAR UiTM TERBUNUH, 2 LAGI CEDERA KEMALANGAN DI ALOR SETAR

DUA siswa UiTM terbunuh manakala dua rakan mereka cedera, apabila kerata yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan ngeri di KM47.7, berdekatan simpang susur keluar Plaza Tol Alot Setar Utara, kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Kereta Perodua ViVA yang mereka naik dipercayai terbabas di selekoh sebelum melanggar dua batang pokok menyebabkan, Mohd Azrulhadi Azizan, 18, dan Syazwan Azizan, 19, cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua rakan mereka, Muhamad Aiman ismail, 18 dan Faris Abdul Ghani, cedera dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Kesemua adalah siswa UiTM cawangan Arau, dipercayai dalam perjalanan pulang sempena cuti semester.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10