nuffnang ads

Friday, November 12, 2010

(update)MANA KAU ORANG SOROK BINI AKU?: LEPAS TANYA LELAKI LIBAS SUAMI ISTERI DAN KANAK-KANAK 3 TAHUN DENGAN PEDANG

SEORANG lelaki yang mengamuk mencari isterinya, bertindak kejam apabila menetak sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak jagaan mereka dengan sebilah pedang samurai,  di kediaman mangsa di Alor Akar, Kuantan pagi tadi.

Lelaki 30-an itu datang bersama dua rakannya dan terus menyerang Mohd Taufik Abu Bakar, 36, isterinya, Suzziana Mohd Hopiah, 24 serta seorang kanak-kanak, Anas Safian Effa Rizal, 3 tahun. Dia dipercayai tidak berpuas hati kerana mendakwa adik lelaki Suzziana melarikan isterinya.

Bagaimanapun, Mohd Taufik yang cedera di belakang dan tangan dilibas dengan pedang berjaya mengunci dirinya di dalam sebuah bilik.

Suzziana pula segera mengunci dirinya di dalam bilik bersama Anas.  Bagaimanapun, lelaki itu menendang pintu bilik Suzziana dan menetak Suzziana yang memeluk kanak-kanak itu, berkali-kali menyebabkan Suzziana cedera di kepala dan tangan.

Kesemua mangsa termasuk Anas yang hampir putus ibu jari kanannya kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusof, berkata kanak-kanak terbabit turut patah kaki dan hampir putus ibu jari kiri.

Menurutnya, penyerang telah dikenalpasti dan kini gerakan memburu sedang dijalankan. Katanya, kejadian dipercayai ada kaitan dengan perempuan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10