nuffnang ads

Friday, November 12, 2010

AKTOR ADEGAN PANAS DITANGKAP DI MENARA TINJAU TAMAN BOULEVARD, MUKAH

SELEPAS kisah pasangan sering melakukan adegan panas di Menara Tinjau di Taman Boulevard, Mukah Sarawak disiarkan media, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), beberapa kali berusaha untuk memberkas, namun gagal.

Pasangan remaja kantoi melakukan adegan panas.(SUD)
Bagaimanapun, semalam hasil maklumat orang awam, 4 anggota penguatkuasa JAIS diketuai ustaz Shamsudin Basir, berjaya memberkas salah satu pasangan pelakon adegan panas di menara itu. Mereka adalah sepasang remaja, lelaki berusia 15 tahun dan perempuan yang berusia 16 tahun.

Mereka dikatakan diberkas ketika sedang hangat melakonkan babak-babak penting tetapi, kedua-duanya bertindak agresif selepas menyedari terperangkap dan enggan bekerjasama.

Akibatnya, penguatkuasa JAIS terpaksa meminta bantuan pasukan polis. Selepas disiasat, kedua-duanya dipercayai penduduk tempatan manakala pasangan perempuan merupakan pelajar tingkatan empat di salah sebuah sekolah menengah di Mukah.

'Penggambaran' adegan panas di menara itu sering menimbulkan kemarahan penduduk setempat kerana ia dikatakan amat berleluasa sejak kebelakangan ini melibatkan banyak pasangan termasuk warga tempatan dan warga asing.

Malah gambar pasangan melakukan adegan panas juga pernah disiarkan di dalam media siber sebelum ini, menunjukkan sepasang kekasih sedang melakukan adegan panas di siang buta!

Pasangan aktor yang ditahan semalam dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10