nuffnang ads

Wednesday, November 24, 2010

DR YAACOB IBRAHIM TERKEJUT KELUARGA MAS SELAMAT SANGGUP LINDUNGI TAHANAN

Menteri hal Ehwal Kebajikan Islam Singapura, Dr Yaacob Ibrahim terkejut sangat-sangat, seperti dilaporkan Straits Times (ST) bagaimana keluarga Mas Selamat boleh bersubahat melindungi seorang tahanan yang melarikan diri.

Menurut Yaacob, perbuatan itu besar kesalahannya di segi undang-undang.

Namun sebagai manusia, sejauh mana kita mampu menghalang perasaan terutama rasa kasih, apabila melihat orang yang ada pertalian darah di dalam keadaan yang sangat rumit. Memang itu kesalahan, tetapi menyalahkan perasaan manusia mungkin seperti menyalahkan Tuhan yang memberi perasaan kepada hambaNya.

Kini keluarga Mas Selamat Ketua Jemaah Islamiyah yang melarikan diri dari Pusat Tahanan Whiley Road, 2008 lalu sedang menjalani hukuman.

Abang Mas Selamat, Asmom dipenjara 12 bulan. Isteri Asmom, yang dikenali sebagai Aisah dipenjara 3 bulan manakala anak perempuan Asmom, Nur Aini, 25, seorang guru Bahasa Melayu dipenjara 18 bulan.

Sebenarnya dalam soal melibatkan hati dan persaudaraan ia amat rumit untuk difahami. Maka kerana itu juga kita jangan hairan orang sanggup melakukan apa sahaja demi orang yang mereka sayang, hatta melanggar hukum dan undang-undang yang termaktub.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10