Tangga digunakan untuk tebuk dinding batu kapur |
Lubang digali, emas dicuri |
SUKAR menghidu kehadiran pencuri emas yang dikatakan bergerak pada sebelah malam untuk memecahkan dinding batu kapur di sekitar kaki Bukit Taiton, di Bau, Sarawak. Bagaimanapun kehadiran mereka hanya dapat diketahui selepas penduduk terhidu bau sampah yang bersepah, selain kesan lubang di merata tempat di bukit berkenaan.
Kegiatan mencuri emas terutama pada dinding batu kapur, dikesan penduduk berlaku secara berleluasa. Kegiatan itu semakin aktif sejak kebelakangan ini ekoran kenaikan harga emas yang mencecah USD1,360 seauns.
Pencuri tidak menyedari perbuatan menebuk lubang pada dinding batu kapur dan menggali lubang pada kaki bukit boleh mengakibatkan struktur muka bumi itu runtuh dan sekaligus membahaykan keselamatan mereka.
Palinng memburukkan keadaan kawasan di sekitar Bukit Taiton kini kelihatan semakin buruk dan busuk kerana pencuri emas berkenaan, dipercayai dalam berkumpulan meninggalkan sampah sarap seperti bekas minum dan bekas plastik bungkusan makanan.
Kawasan Bau sebelum ini memang terkenal dengan hasil emas di Sarawak dan setakat ini dikatakan lebih 2 juta auns emas pernah dihasilkan. Namun saki baki emas yang tinggal kini menjadi buruan pencari emas haram berkenaan. (SUD)