DIA berpendidikan tinggi. Adik Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR. Saudara lelaki kepada Umi Hafilda Ali. Dan telah lama masyarakat menyampah, membenci dan menghinanya. Semuanya kerana mulutnya yang berbisa, terutama ketika menjadi pengacara. Selain diukur pada personalitinya yang kadang-kala kelihatan di luar kewajaran.
Mulai hari ini semoga Allah berikan kekuatan berpanjangan kepada Azwan Ali, 44. Dia mahu keluar dari kepompong persepsi dan terowong perspektif yang lebih menjurus menganggap dia lelaki di dalam dunia wanita - pondan.
Pengakuannya untuk mencari jalan sebenar hidup ini - yang direstui dan dirahmati Allah, akhirnya menemui titik mula. Keluar dari terowong keliru dan sedikit gelita, barangkali Azwan lebih berpengalaman bagaimana mahu menghargai sinar cahaya yang ada di hujung terowong kehidupannya ini. Maka kita juga harus bersyukur, berbangga dan berbahagia, tidak kira yang suka atau pernah membencinya. Azwan Ali mahu jadi lelaki sejati yang berani menjadi seorang lelaki sebenar.
Dalam bukunya berjudul "Selamat Tinggal Dunia Pondan" pelbagai kisah dicoretkan mewakili semibiografi mewakili riwayat hidupnya yang banyak dihabiskan dalam dunia seni. 15 bab penuh berani, jujur dan ikhlas daripadanya.
Ya..Azwan Ali, abang tabik kamu kali ini! Dapatkan buku Azwan Ali ini dengan harga RM21.90 di mana-mana kedai buku. (Dipetik dan diolah dari The Daily Chilly)