nuffnang ads
Friday, November 19, 2010
BUDAK PENGHIDAP AIDS DAKWA ANAK YUS PEMAIN GITAR MAY
BACA HARIAN METRO HARI INI
MENGEJUT DAN MENGELIRUKAN. Seorang kanak-kanak perempuan 9 tahun yang mengidap Aids, mendakwa dia adalah anak gitaris kumpulan May, Yus!
Dia mendakwa anak yatim piatu selepas kematian ayah dan ibunya, sedangkan hakikatnya Yus, pemain gitar May itu masih hidup! Namun di tangan kanak-kanak itu ada sekeping gambar. Gambar yang didakwa budak itu sebagai ayahnya pula seiras dengan wajah Yus.
Dakwaan budak itu, diakui pula oleh ibu saudara yang enggan didedahkan identitinya. Kata ibu saudara budak itu, memang benar adiknya dulu berkahwin dengan gitaris sebuah kumpulan rock terkenal. Mereka ada dua anak berusia 4 dan sembilan tahun.
Bagaimanapun, adiknya (ibu budak perempuan) meninggal dunia kerana dijangkiti Aids. Ia kemudian diikuti ayahnya dan anaknya yang masih kecil. Kini tinggallah budak perempuan 9 tahun itu yatim piatu.
SEBENARNYA banyak yang tersirat di sebalik dakwaan kanak-kanak perempuan itu. Walaupun dia mengatakan ayahnya sudah mati, tapi hakikatnya Yus, pemain gitar kumpulan May masih hidup.
Dia mendakwa ayahnya bernama Md Nor, tapi hakikatnya nama sebenar Yus adalah Mohd Mokhtar Mohd Madin, 48.
Sementara itu, Yus dipetik Harian Metro, mengesahkan gambar ditunjukkan kanak-kanak itu bukan dirinya dan dia (lelaki itu) mungkin peminat tegarnya. Sebuah akhbar berbahasa Cina sebelum ini juga melaporkan cerita serupa, namun dinafikan juga oleh Yus.