nuffnang ads

Friday, November 19, 2010

3 MAT REMPIT KEMBALI KE RAHMATULLAH!

TIGA mat rempit yang terbabit dalam satu perlumbaan haram dipercayai menawarkan hadiah tertentu, terbunuh apabila mereka berlanggar sesama sendiri dalam perlumbaan yang diadakan di fasa 2 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang belum siap, dekat Kampung Bukit Guntong, Kuala Terengganu, petang Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 7 petang, ketika umat Islam sedang menunaikan Magrib, mereka dikatakan berlumba dengan kelajuan lebih 100 kmj, sambil melakukann aksi cinabeng, iaitu berbaring dan pelbagai aksi stunt untuk menunjukkan skil di kalangan lebih 100 penonton.

Penganjur perlumbaan yang kini diburu polis dikatakan membahagikan perlumbaan itu mengikut kumpulan. Setiap kumpulan dianggotai di antara 10 hingga 12 orang.

Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Superintendan Alias Hashim berkata, mereka yang terbunuh kesemuanya anak Melayu. Mereka ialah Solihhuemi Harun, 16, dari Kampung Hulu Jeram, Mohd Abdul Rahman, 20, dari Kampung Sungai Raja dan Mohd Firdaus Nawi, 20 dari Kampung Sungai Ikan.

Menurut Alias, kesemua yang terbabit menggunakan motosikal jenis RXZ dan dua buah Honda C70, manakala sebuah daripada tiga motosikal berkenaan disahkan motosikal curi.

Kesemua mangs yang meninggal dunia mengalami kecederaan parah di kepala, badan dan tangan dan menurut Alias, sisasatan awal menunjukkan mereka tidak memakai topi keledar.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10