SEORANG pelajar perempuan tingkatan dua menjadi menjadi mangsa rogol bapa kandung sekurang-kurangnya tiga kali sejak sebulan lalu di rumah mereka di Taman Medan, Petaling Jaya.
Mangsa bagaimanapun, hanya membuat laporan selepas kejadian terakhir Rabu lalu apabila mendapati bapanya yang bogel berada di atas badannya, sebaik tersedar dari tidur.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed, berkata mangsa yang terkejut dengan kejadian itu segera memaklumkan ibunya, seorang operator kilang sebelum bertindak membuat laporan polis.
Bertindak atas laporan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 39 tahun yang bekerja sebagai pemandu di kediamannya, awal pagi Khamis lalu.
Suspek kini ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan polis dan kesnya disiasat mengikut Seksyen 396 Kanun Keseksaan.
Menurut Arjunaidi, mangsa dipercayai diperkosa ketika ibunya keluar bekerja bagi mengelak tindakan suspek diketahui isterinya.
Mangsa kini dihantar ke hospital untuk menjalani rawatan dan kasihan kerana dia dilaporkan dalam keadaan trauma.(BH)