BEKAS wartawan Berita Harian dan Utusan Malaysia, Abdul Halim Abu Bakar, 59, meninggal dunia akibat sakit jantung di kediamannya di Taman Melawati, Kuala Lumpur petang kelmarin.
Allahyarham yang juga bekas Ketua Pengarah Belia, Kementerian Belia dan Sukan berasal dari Kedah, meninggalkan seorang isteri, Aizum Harun, 59, dan enam anak, tig alelaki dan tiga perempuan berusia di antara 16 tahun dan 30 tahun.
Sepanjang perkhidmatannya selepas tamat bekerja di Berita Harian, allahyarham menjawat beberapa jawatan dalam kerajaan termasuk Pengarah Institut Latihan Belia Negara (PERTAK) pada 1986 sebelum menjadi pengara belia di tiga negeri iaitu Johor, Kedah dan Pulau Pinang.