nuffnang ads

Saturday, November 6, 2010

BAS EKSPRESS TRANSNASIONAL TERBALIK LAGI MALAM TADI: ANGGOTA BOMBA HANCUR KAKI, TUJUH YANG LAIN CEDERA

NAHAS bas ekspress Transnasional berulang! Malam tadi jam 11.45 sebuah lagi bas syarikat berkenaan terbabit kemalangan apabila terlanggar perhentian bas henti-henti sebelum terbabas melanggar penghadang jalan, lalu terbalik di KM12 Jalan Lipis-Merapoh, dekat Kuala Lipis, Pahang.

Ini adalah kemalangan kedua dalam tempoh 24 jam, selepas sebuah bas ekspress Transnasional termasuk tali air dan membunuh seorang penumpang di Jalan Pekan-Nenasi kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan, dalam kemalangan malam tadi seorang anggota bomba, Zahari Azmi Zakaria, Bachok, Kelantan hancur kaki kirinya. Tujuh penumpang lain turut cedera.

Zahari dan tujuh penumpang yang cedera dalam kemalangan itu kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lipis manakala yang lain telah dibenarkan pulang.

Bas itu membawa 31 penumpang dan sebelum kejadian ia dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10