nuffnang ads

Saturday, November 6, 2010

PETANI BUAT HUBUNGAN SEKS DENGAN ALIEN.

MENG sedang menjalani usian mesin mengesan pembohongan dan dia lulus! Polis mengesahkan dia tidak berbohong
Ilustrasi oleh Prof Stephen Hawking

SEORANG  petani di China menggemparkan pihak berkuasa apabila membuat dakwaan telah diajak melakukan seks dengan seorang wanita makhluk asing pada tahun 1994.  Lebih menggemparkan apabila polis mengarahkan dia menjalani ujian ketulenan dakwaannya itu menggunakan mesin pengesan pembohongan dan dia lulus ujian itu!

Meng Zhaoguo, berkata pada ketika dia sedang bekerja di bandar Wuchang, dia terpandang satu objek seperti logam yang bersinar di kawasan pergunungan. Sangkanya, kapalterbang terhempas dan dia pergi menyiasat ke kawasan itu.


Bagaimanapun, apabila dia tiba berhampiran objek yang bersinar itu, dia terpandang sekumpulan makhluk asing yang berketinggian 3 meter dan mempunyai 12 jari. Dia terus pengsan dan tidak sedarkan diri. Sebaik tersedar dia menjadi keliru dan tidak boleh lagi berkomunikasi dengan orang lain. Malah saat itu dia mula berperasaan takut apabila melihat benda-benda yang diperbuat daripada logam.

Malam itu juga dia didatangi seorang makhluk asing (alien) perempuan yang mendesaknya melakukan persetubuhan dan dia terpedaya dan melakukan persetubuhan dengan makhluk asing itu lebih kurang 40 minit.

"Selama ini memang saya tidak percayakan makhluk asing atau UFO, tetapi apa yang berlaku dan saya lihat sendiri amat sukar membuat saya mengatakan tidak mahu percaya" katanya.

Dia yang diarahkan menjalani ujian mesin mengesan pembohongan ternyata lulus dan pihak berkuasa menjadi semakin keliru dengan keadaan dan dakwaannya itu.

Tidak lama selepas melakukan persetubuhan, seorang lagi makhluk asing berjumpa dengannya dan memberitahu benih daripada persetubuhan dia dengan makhluk asing wanita itu akan muncul 60 tahun dari tarikh dia bersetubuh.

Selain itu, makhluk asing berkenaan juga memberinya seketul batu kristal yang membolehkan dia melihat kawasan hutan dan fosil bahan bakar di bumi.

"Mereka beritahu saya tentang keadaan semasa di bumi yang semakin merisaukan terutama kerana berlaku banyak kerosakan. Selain itu mereka menasihatkan saya supaya menjaga dan memberi perlindungan kepada alam sekitar di bumi yang semakin banyak dirosakkan," katanya.

Sejak kebelakangan ini lapan kes dikesan pihak berkuasa apa yang dikatakan UFO pernah kelihatan di beberapa kawasan di China dan yang terbaru pada 11 September lalu mengakibatkan kerajaan membatalkan beberapa penerbangan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10