KEADAAN banjir di Perlis semakin buruk. Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan semakin meningkat. Sehingga tengah hari tadi lebih 6,000 mangsa dipindahkan berbanding hanya 4,500 petang semalam.
Berikutan banjir yang kian buruk itu, pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kangar, terpaksa ditutup.
Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP dalam satu kenyataan berkata, orang ramai yang ingin berurusan dengan KWSP boleh mengunjungi pejabat cawangan KWSP Alor Setar atau menghubungi talian 03-89226000 untuk mendapat maklumat lanjut.