nuffnang ads

Wednesday, November 3, 2010

ATIQAH HASIHOLAN GANTI LUNA MAYA SEBAGAI BINTANG LUX INDONESIA

TEKA TEKI siapa bakal pengganti Luna Maya sebagai bintang LUX di Indonesia, akhirnya terjawab apabila media negara itu memperolehi maklumat, penggantinya adalah Atiqah Hasiholan, puteri kesayangan seniman Ratna Sarumpaet.

Walaupun, pengumuman itu hanya akan dilakukan malam ini di Indo Chine FX Lifestyle X'Center di Jakarta, namun nama Atiqah sudah pasti.

Ini dia, Atiqah Hasiholan bintang LUX baru pengganti Luna Maya...jelita dan pasti menjadi buruan jejaka dan si hidung belang
Kontrak Luna Maya sudah pun berakhir. Walaupun isi kandungan kontraknya dengan LUX menjadi rahsia, banyak pihak terutama daripada pengurusan LUX sendiri seolah-olah mengakuinya. Dan terbaru difahamkan, kemudahan kereta yang diberikan oleh LUX kepada Luna Maya turut ditarik balik.

Kontraknya berdepan masalah akibat dia terbabit dalam video hubungan seks dengan Ariel, sehingga tersebar dan menjejaskan imej pihak penaja.

Atiqah pernah membintangi filem Jamilah dan Sang Presiden sebelum ini menewaskan nama besar lain dalam pemilihan bintang LUX baru itu. Antara nama yang pernah disebut sebelum ini ialah Syahrini, kekasih Anang, bekas suami Kris Dayanti dan Dewi Sandra. Namun rezekinya adalah milik Atiqah.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10