PENDUDUK di empat buah negeri, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diingatkan bahawa banjir besar kali kedua mungkin berlaku, apabila hujan dan ribut petir dijangka turun di beberapa kawasan di keempat-empat negeri itu bermula malam ini.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataannya, menjelaskan hujan dijangka turun malam ini terutama di kawasan pantai Kedah dan Perlis,serta Kelantan dan Terengganu.
Hujan dan ribut petir juga diramal berlaku pagi esok di Kedah dan Perlis manakala fenomena serupa diramal menimpa Kelantan dan Terengganu pada petang dan malam esok.
Penduduk mesti bersedia menerima keadaan di luar jangka ini memandangkan musim tengkujuh dikatakan akan berlarutan sehingga Mac depan.
Bagaimanapun, bersamalah kita berdoa semoga bencana dan mala petaka tidak berlaku.