nuffnang ads

Tuesday, November 9, 2010

KES NASI GORENG BABI SELESAI: PENOLONG KANAN MOHON MAAF

KES seorang pelajar sekolah rendah, Basil anak Beginda, 10, yang dirotan 10 kali di tapak tangannya kerana membawa makanan tidak halal 'nasi goreng babi' hari ini selesai apabila Guru Penolong Kanan, Sekolah Rendah St Thomas, di Sarawak, Iskandar Fateli, memohon maaf kepada ibu pelajar terbabit.

Bagaimanapun, kurang enaknya apabila ibu pelajar terbabit, Angela Jabing tetap mahu Kementerian Pelajaran mengambil tindakan ke atas guru penolong kanan itu, di atas kesilapannya merotan tangan anaknya kerana membawa makanan tidak halal.


Turut hadir dalam pertemuan di sekolah itu ialah Pengetua, Alice Chung dan beberapa wakil pihak yang berkenaan. Iskandar mengakui kesilapannya dan memohon maaf kerana kejadian itu telah memberi tekanan amat berat kepada dirinya.

Angela gembira namun bagi sesetengah pihak, jika maaf telah dterima usahlah diperpanjangkan kes berkenaan. Sementara Alice Chung pula berkata, Iskandar telah melakukan kesalahan merotan sedangkan sebagai guru penolong kanan dia tidak diberi kuasa menjalankan hukuman merotan murid.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan juga dikatakan akan menghantar satu notis pemberitahuan baru yang membenarkan pelajar membawa makanan tidak halal ke sekolah berkenaan, tetapi larangan tetap dikenakan bagi penjualannya di kantin sekolah.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10