nuffnang ads

Tuesday, November 9, 2010

SARAWAK UMUM HADIAH INSENTIF TUNAI PEMENANG PINGAT SUKAN KOMANWEL: TAPI NAMA JOSIAH NG TERCICIR!!!

KERAJAAN negeri Sarawak hari ini mengumumkan pemberian insentif wang tunai kepada pemenang pingat di Sukan Komanwel lalu kepada atlit yang berasal dari negeri itu sebagai tambahan insentif yang diberikan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

Namun sedihnya, nama pemenang pingat emas acara berbasikal yang juga anak kelahiran Kuching, Josiah Ng tercicir!

Dalam pengumuman itu, kerajaan negeri memberi wang tunai RM40,000 kepada pemenang pingat emas, RM20,000 untuk pingat perak dan RM10,000 bagi pemenang pingat gangsa. Sementara mereka yang memenangi pingat bagi acara berpasukan akan menerima separuh daripada wang yang ditawarkan.

Senarai mereka yang menerima insentif tunai itu ialah Pandalela Rinong yang memperolehi RM50,000 kerana menang satu emas dan satu perak(berpasukan), Bibiana Ng (RM50,000) kerana menang satu emas dan satu gangsa dan Brian Nickson Thomas yang menang satu perak dan satu gangsa.

Bagaimanapun, diharapkan Josiah Ng akan tetap menerima bahagiannya berdasarkan dia juga anak Sarawak!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10