nuffnang ads

Friday, November 12, 2010

TERBARU: IBU MUDA BERSAMA DUA ANAKNYA YANG DILAPORKAN DICULIK DI INDIA, DITEMUI DIBUNUH!

TIGA WARGANEGARA MALAYSIA, termasuk seorang ibu muda, Adhila Banu, 24, dan dua anaknya, Mohd Aslam, 7, dan anak perempuan Ajira Banu, 5, yang dilaporkan hilang dari rumah mereka selepas dibimbangi menjadi mangsa culik, ditemui dibunuh kira-kira 150 kilometer dari rumah mereka di Barathi, Tamil Nadu,, pagi semalam (Khamis).

Ketiga-tiga warganegara Malaysia, itu dikatakan pulang ke kampung halaman mereka sejak sebulan lalu, dilaporkan hilang sejak Isnin lalu ketika kali terakhir dikatakan berada di sebuah kedai runcit untuk membeli tong gas.

Jurucakap polis India, Inspektor PR Laksamanan, berkata mayat ketiga-tiga mangsa bunuh itu ditemui berbalut kain putih dan dicampak ke dalam tali air, di bawah sebuah jambatan di Vadipatti, wilayah Tamil Nadu.

Ibu mangsa, Saibu Nisha, 56, telah membuat pengecaman dan mengesahkan ketiga-tiga mayat itu adalah anak dan dua cucu mereka. Jenazah kesemua mangsa kini ditempatkan di rumah mayat Hospital Kerajaan Rajaji di Madurai.

Menurut Laksamanan, kesemua disahkan mangsa bunuh dan polis sedang menyiasat motif san memburu suspek yang terbabit.

Suami Adhila, dikatakan tidak mengikuti kepulangan mereka ke kampung, dan berada di negara ini.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10