nuffnang ads

Monday, November 22, 2010

3 TERBUNUH, 4 CEDERA PARAH: BAS BERTEMBUNG LORI MINYAK

Bas bawa 20 penumpang bertembung lori bawa minyak
Wong, 73...terkorban
Halimah, 27...terkorban
BARU dua hari 3 kakitangan Hospital Sri Aman terkorban apabila kenderaan pacuan empat roda mereka bertembung treler, satu lagi kemalangan ngeri membabitkan tiga mangsa terbunuh dan 4 cedera parah berlaku di Batu 45, Jalan Sibu Bintulu, jam 4.50 petang semalam.

Mereka yang terbunuh ialah pemandu bas berkenaan yang belum dikenali, kakitangan Perkeso, Halimah Ismawi, dan warga emas, Wong Hia Heng, 73.

Ketika kejadian bas membawa 20 penumpang itu dalam perjalanan dari Miri ke Sibu. Empat yang cedera parah termasuk seorang pelajar maritim, Calvin anak Seelang, Kassim anak Pelagan, Rabin anak Laying dan seorang yang belum disahkan identitinya.

Ketua Polis Mukah, ASP Jamil Omar, berkata pihaknya sedang menyiasat kejadian itu. Difahamkan, sebelum kejadian bas berkenaan membelok di satu selekoh tetapi bertembung dengan bahagian belakang lori membawa minyak sawit itu.

Lori membawa minyak sawit itu dikatakan dalam perjalanan menghantar minyak ke sebuah loji penapisan di Bintulu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10