SERAMAI 27 orang mangsa pemindahan, termasuk yang cedera anggota kini disahkan mengidap sakit jiwa akibat trauma keterlaluan sejak Gunung Merapi meletus.
Kesemua mereka terpaksa dihantar ke Rumah Sakit Jiwa Kota Magelang untuk mendapatkan rawatan selepas gagal dirawat di Rumah Sakit Sardjito.
Ketua Badan Pengurusan Bencana Wilayah Jawa Tengah, Priyantono Jarot Nugroho, memberitahu Tempo sebahagian besarnya trauma selepas kehilangan orang tersayang begitu ramai, kehilangan rumah dan harta benda serta berdepan masalah ketakutan untuk meneruskan kehidupan pada masa depan.
Jumlah itu dijangka meningat ekoran jumlah mangsa pemindahan Gunung Merapi di Jawa Tengah sehingga kini telah mencecah lebih 224,000 orang, melibatkan beberapa kawasan termasuk bandar dan pekan kecil yang terletak 30 kilometer dari gunung itu.