nuffnang ads

Monday, November 8, 2010

KISAH CINTA TERLARANG DENGAN ISTERI ORANG DI SEBALIK CERITA PENOREH GETAH DIPAKSA MINUM RACUN DI TERENGGANU

JALAN cerita di sebalik kes seorang penoreh getah di Terengganu, dipaksa minum racun 19 Oktober lalu hingga mati sembilan hari selepas kejadian, kini dikatakan berubah.

Kisah konon dia menjadi korban cinta antara dua darjat atau kisah seorang penoreh getah yang cintanya tidak diterima keluarga teman wanita hanyalah tanggapan awal.

Kini kisah sebenarnya ialah mangsa, dikatakan menjalinkan cinta terlarangnya dengan isteri orang, iaitu wanita berusia 16 tahun yang sebelum ini dikatakan teman wanitanya.

Ekoran perbuatannya menjalin hubungan dengan isteri orang, maka dia dikatakan membangkitkan kemarahan suami dan keluarga sebelah wanita itu.

Jumaat lalu, polis Terengganu menahan suspek keenam kes berkenaan, di tepi jalan Kampung Kejir, Hulu Terengganu bagi membantu siasatan. Suspek ditahan reman mulai 6 November hingga 12 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 Pada 19 Oktober, seorang penoreh getah mendakwa dipaksa meminum racun oleh sekumpulan lelaki di Kampung Lubuk Batu, Wakaf Tapai dan sembilan hari selepas itu meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Penahanan lelaki Jumaat lalu menjadikan enam suspek telah ditahan sehingga kini bagi membantu kes siasatan berkenaan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10