nuffnang ads

Monday, November 8, 2010

10,000 KEDAI RUNCIT ACHEH DI LEMBAH KLANG KUASAI PASARAN. DI MANA TINDAKAN KERAJAAN?

KERAJAAN harus membuka mata terhadap kebanjiran kedai runcit/mini market yang dikendalikan oleh warga Indonesia keturunan Acheh di sekitar Lembah Klang. Bergerak dipercayai didalangi sindiket 'bank' gelap yang membiayai pengurusan kedai terbabit, kebanyakan kedai runcit itu didaftarkan di atas nama individu tertentu yang dikatakan mempunyai taraf penduduk tetap dan warga negara ini.

Fenomena kedai runcit bak cendawan tumbuh ini telah dikesan sejak lima tahun lalu namun, tindakan pihak berkuasa terutama Jabatan Imigresen untuk memantaunya amat-amat-amat dan sangat-sangat-sangat serta hampir tiada langsung!

Pihak berkuasa tidak perlu bersusah membayar pakar untuk menjalankan kajian bersifat akademik untuk mencari bukti kewujudan kedai Aceh di negara ini. Dengan hanya berjalan kaki di sekitar Lembah Klang, mereka akan mudah berjumpa kedai dimaksudkan itu.

Kedai berkenaan menjual pelbagai barangan runcit, ikan dan sayur dan paling unik menjual rokok Gudang Garam 12 batang yang dipercayai diseludup dari negara jiran. Namun satu perkara dibimbangkan ialah adanya dakwaan sebahagian daripada pengusaha kedai ini mendapat tajaan sindiket penyeludupan rokok kretek dan dadah!

Di Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan dianggarkan tidak kurang 10,000 kedai seumpama ini wujud sejak bertahun lalu. Jumlah itu dikatakan semakin bertambah tanpa melihat adanya kesungguhan pihak berkuasa terutama Pihak Berkuasa Tempatan untuk menanganinya.

Difahamkan, dalam sehari jika sebuah kedai berkenaan menjual rokok kretek seludup sebanyak 20 kotak, didarabkan dengan 10,000 kedai bermakna 200,000 kotak terjual di empat negeri itu hanya menerusi kedai Aceh yang dimaksudkan dalam tempoh sehari.

Persoalannya, bagaimana mudahnya ratusan ribu rokok kretek boleh memasuki negara ini dalam tempoh sehari tanpa dikesan pihak berkuasa terutama Jabatan Kastam DiRaja.

Tulisan ini bukan bersifat tohmahan, tetapi adalah benar dan amat mudah dibuktikan. Kerajaan mesti serius melihat kebanjiran kedai Aceh ini jika mahu melihat wujud satu kitaran ekonomi yang sihat di dalam negara kerana kebanyakan wang yang masuk ke kedai berkenaan tidak diketahui ke mana perginya!

Ketika kita mahu melihat impian negara menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi, mahukah kit amelihat ketirisan dalam ekonomi berlaku akibat wujudnya perniagaan gelap yang dikuasai warga asing ini. Kebocoran wang RM ke negara luar semakin bertambah tenat, selagi kewujudan kedai ini tidak dikekang.

Mungkin kerajaan perlu merombak peraturan dan undang-undang sedia ada dalam perniagaan kedai runcit, terutama yang dikendalikan oleh mereka yang hanya memiliki taraf pemastautin tetap. Kehadirannya telah lama mengganggu kedai runcit milik rakyat tempatan.

Ayuh...jangan hanya bercerita soal ekonomi bertaraf menara 100 tingkat, sedangkan lantai ekonomi yang sedang diduduki oleh rakyat jelata semakin reput akibat kehadiran premis perniagaan warga asing seperti kedai Aceh ini.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10