nuffnang ads

Monday, October 25, 2010

WANITA TINGGAL BAWAH JAMBATAN BERTEMU IBU SELEPAS 6 TAHUN BERPISAH

Siti Faizah ditemukan ibu yang terpisah enam tahun lalu (Laporan muka depan Harian Metro)
TIDAK dapat dibayangkan betapa pilu hati seorang ibu apabila anak perempuannya yang telah terpisah lebih enam tahun lalu, rupanya berdepan kehidupan yang amat daif - tinggal bersama suami dan anaknya di bawah jambatan.

Air mata Siti Rohana Abdullah tidak henti-henti mengalir apabila anak perempuannya itu, Siti Faizah Abu Bakar, 27, sedang meniti kehidupan yang amat daif dan payah di bawah jambatan Lebuh Raya Timur Barat (Metramac) menerusi TV3 pagi tadi.

Petang tadi Siti Rohana ditemukan semula dengan anak perempuannya yang enam tahun terpisah itu dalam satu suasana amat mengharukan sambil dihadiri sama Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Mohd Khairun Aseh.

Kisah sedih kehidupan Siti Faizah bersama suaminya, Hazmain Abdul Jalil, 28, dilaporkan TV3 dan kebanyakan akhbar utama hari ini.

Mohd Khairun yang sedih kerana tiada pihak membantu keluarga muda itu, kemudian memindahkan mereka ke asrama belia di Wisma Belia jalan Syed Putra, di Kuala Lumpur serta merta.

Kehidupan pasangan keluarga muda itu mulai terbiar dan menjadikan bawah jambatan sebagai rumah bermula apabila mereka dihalau keluar dari rumah sewa kerana gagal menjelaskan sewa lima bulan lalu.

Siti Faizah kini turut disahkan mengidap jangkitan pada paru-parunya dan memerlukan rawatan segera.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10