nuffnang ads

Monday, October 25, 2010

BARANG-BARANG YANG DILARANG DIBAWA MASUK KE STADIUM

Mercun, batu, pisau dan kayu dilarang dibawa masuk ke Stadium Bukit Jalil, pada 30 Oktober ini sempena perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Negeri Sembilan dan Kelantan.

Selain itu parang, tombak, panah, bom, kereta kebal, kapal selam dan haiwan seperti monyet, kera, beruk, ungka, mawas, orang utan, siamang, lotong, gorila, chimpanzee, kucing batu, harimau, singa dan gajah juga adalah dilarang.

Bawalah diri, tiket dan hati yang bersih jernih untuk menonton perlawanan itu. Kita hindarkan budaya rimba daripada menjalar dalam dunia bola sepak kita.

Nasihat juga diberikan kepada pemain dan pengadil serta penjaga garisan supaya berlaku seadil-adil yang mampu supaya pertandingan akhir itu nanti menyaksikan puluhan ribu yang menontonnya pulang dengan hati yang lapang.

Hanya satu pasukan sahaja akan bergelar pemenang. Pasukan yang kalah tidak kalah sebenarnya tetapi mereka hanya tewas kepada pasukan yang lebih baik selain nasib dan rezeki tidak menyebelahi mereka.

Selamat datang ke Stadium Bukit Jalil...tapi apa pasal pula tiket mahal?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10